Kini Awie dan Erra kembali bersama,sungguh romantik mereka

Awie dan Erra Fazira sememangnya  tidak asing lagi kepada peminat-peminat industri hiburan tanah air, apa yang pasti pasangan ini sememang nya amat serasi bila bersama memandangkan status masing-masing yang single.

Kini mereka dikhabarkan kembali bersama,namun jangan salah anggap mereka sebenar nya kembali bersama menerusi teater Takhta 3 Ratu.

Awie berkata, teater yang diarahkan oleh pengarah terkenal Erma Fatima itu bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 22 Disember ini.
“Buat pertama kalinya teater ini menggabungkan tiga syarikat iaitu Rumah Karya Citra Sdn. Bhd., Awie Entertainment dan Erra Fazira Entertainment.
“Kisah yang dipaparkan Teater Takhta 3 Ratu ini berlatar belakang kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan saya membawakan watak Hang Tuah dalam teater ini,” ujarnya dalam satu sidang akhbar.
Menurut Awie, gabungan ketiga-tiga syarikat tersebut untuk menerbitkan teater berkenaan merupakan sesuatu yang positif dan yakin ia akan dapat menarik minat orang ramai untuk menontonnya.
Sementara itu, Erra yang turut terbabit dalam pementasan tersebut menyatakan pihaknya mengambil risiko yang besar memandangkan ia akan dipentaskan pada hujung tahun.
Ujarnya, setelah perbincangan dilakukan mereka bertiga sepakat untuk mementaskan teater itu kerana keyakinan Erma terhadap karya terbaharunya.
“Tidak dinafikan agak berisiko apabila dipentaskan hujung tahun kerana perbelanjaan orang ramai akan lebih terarah kepada membuat persiapan untuk anak-anak memulakan persekolahan.
“Bagaimanapun, kami percaya dengan jalan cerita yang ditampilkan serta barisan para pelakon yang membintangi teater ini mempunyai nama yang cukup besar dalam bidang lakonan,” jelasnya yang akan membawakan watak Tun Teja.
Selain Awie dan Erra, antara pelakon lain termasuk Azri Iskandar, Izreen Azminda, Beto Kusyairy, Soo Winci, Datuk Rahim Razali, Remy Ishak, Elly Suriaty, dan Tasha Shilla. 

0 Response to "Kini Awie dan Erra kembali bersama,sungguh romantik mereka"

Catat Ulasan