Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas diperas ugut sebanyak RM1,000 selain diajak melakukan hubungan seks sekiranya ingin mendapatkan semula telefon bimbit jenis iPhone 5 nya yang hilang.
Mangsa berusia 32 tahun itu menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar suspek ketika berada di kediamannya di Bandar Marang, kira-kira jam 12.15 tengah malam, kelmarin.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berada di sebuah resort di Kuala Ibai, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, Isnin lalu telah kehilangan telefon bimbitnya itu.
Jelasnya, mangsa yang mengesyaki telefon bimbitnya tercicir cuba mencari tetapi gagal sebelum mengambil keputusan beredar dari tempat kejadian.
“Mangsa juga beberapa kali menghubungi telefon bimbitnya namun tidak dijawab sebelum bertindak menghantar SMS ke nombor telefon bimbitnya kira-kira jam 10 malam hari sama dan meminta sesiapa yang menjumpai iPhone 5 itu agar menghubunginya.
“Bagaimanapun, suspek hanya membalas SMS mangsa kira-kira dua jam kemudian dengan dua permintaan melampau.
“Suspek berjanji akan memulangkan telefon bimbit mangsa jika mangsa memberi wang sebanyak RM1,000 kepadanya serta melakukan hubungan seks bersamanya dan rakan-rakannya,” katanya.
Sumber menjelaskan, mangsa mendakwa suspek masih menghantar SMS kepadanya dan nekad membuat laporan di Balai Polis Marang untuk tindakan lanjut kerana bimbang keselamatan diri selain ingin mendapatkan semula telefon bimbitnya.

0 Response to "Wanita diugut bayar RM1,000 dan diajak lakukan s3ks"
Catat Ulasan