Peminat sokong Amelina, minta Approved akaun Instagram nya

Sepanjang minggu ini ramai yang memperkatakan tentang penyanyi dangdut popular era 90-an, Amelina yang bakal kembali menyerikan dunia hiburan tanah air.

Selepas berita mengenai ‘kelibat’ seorang wanita seiras Amelina yang disiarkan oleh Astro Gempak baru-baru ini beberapa media juga turut membuat susulan tentang ratu dangdut tersebut.


Berita terkini mengenai Amelina telah menggembirakan para peminatnya yang sudah lama menantikan kemunculannya di pentas seni selepas sekian lama dia menghilangkan diri.


Kegembiraan tersebut dapat dilihat menerusi foto yang dikongsi Maya menerusi akaun Instagramnya sebelum ini.


Foto tersebut telah mendapat perhatian ramai peminat yang menyokong Amelina untuk kembali menyanyi.


Malah, Amelina juga turut membalas komen para peminat tersebut menggunakan akaun Instagramnya @queenallyna. 


Selain itu, Amelina turut meletakkan status ‘Im back…utk yang mengingati kak lyn…sabar ek syg!...bg masa tuk kak lyn betul2 bersedia tuk berhadapan cabaran yg bakal kak lyn tempuh in,’ di akaun Instagramnya.


Bagaimanapun, akaun tersebut tidak dibuka kepada umum (private) dan hanya mempunyai 17 pengikut, 18 keping foto dan telah mengikuti 22 akaun Instagram lain setakat ini.

Dalam pada itu, beberapa peminat Amelina (menerusi foto yang dimuat naik Maya) turut meminta penyanyi kesayangan mereka itu supaya menerima mereka sebagai pengikut di laman Instagramnya.
 Antara media yang melaporkan tentang Amelina ialah, Media Hiburan online pada Rabu lalu yang memberitahu penyanyi wanita itu bakal menggunakan khidmat komposer dan penyanyi terkenal tanah air untuk menerbitkan singlenya tidak lama lagi.

Laporan tersebut juga ada menyebut Amelina akan merakamkan sebuah lagu baru yang masih mengekalkan rentak dangdut tetapi iramanya lebih moden dan terkini.


Selain itu, Berita Harian Online tidak ketinggalan untuk berkongsi perkembangan terkini tentang penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Ahh Rindu’ itu.


Berita Harian telah mendapat pengesahan daripada teman rapat Amelina iaitu Maya mengenai penampilan Amelina tanpa tudung yang telah menjadi tanda tanya peminat.


Maya berkata, dia bertemu Amelina pada minggu lalu di Bangsar Shopping Centre ditemani seorang lagi teman Amelina dan tidak menyangka pertemuan tersebut menjad  topik di laman sosial.


Mengenai penampilan Amelina tanpa tudung, Maya menjelaskan sahabatnya itu sememangnya masih belum bertudung seperti yang disangka.


Menurut Maya lagi, salah faham mengenai imej Amelina berlaku ketika timbul cerita mengenai isu rumahnya di Kota Kemuning, Shah Alam suatu ketika dulu.


Tambahnya lagi, ketika isu tersebut timbul, Amelina tidak mahu dikenali dan sebab itulah dia mengenakan tudung.Credit astrogempak

0 Response to "Peminat sokong Amelina, minta Approved akaun Instagram nya"

Catat Ulasan