Pilihan Khyril Muhymeen Kelantan atau Negeri Sembilan musim depan

Khyril melalui laman Facebook rasmi kelab peminatnya, KM18 Fans Club menyatakan kata sepakat bersama majikannya gagal dicapai dan secara jelas mengumumkan sama ada hala tujunya selepas ini adalah bersama Kelantan atau Negeri Sembilan.

“KM18 beri bayangan akan tinggalkan hijau kuning selepas gagal capai kata putus bersama KFA.

“Hoben jang hoben ka gomo kelate gomo..salah satu pasti disarung KM18 musim depan,” lapor laman berkenaan.

Beberapa kenyataan berkaitan perkara tersebut yang dimuatkan kelmarin dan semalam mendapat reaksi ramai penyokong Hijau Kuning yang berharap semoga pemain kelahiran Alor Setar itu akan dapat kembali menemui sentuhannya bersama pasukan baharu nanti.

Khyril merupakan produk yang dilahirkan Hijau Kuning telah membantu Kedah memenangi kejuaraan berganda pada 2007 dan 2008 serta setia bersama pasukan berkenaan sejak 2005. SINAR

0 Response to "Pilihan Khyril Muhymeen Kelantan atau Negeri Sembilan musim depan "

Catat Ulasan