Bachok : Ibu kepada remaja lelaki yang dibogelkan setelah didakwa cuba mencuri sebuah motosikal di Masjid Pauh Lima, kecewa dengan tindakan orang ramai terhadap anaknya.
Menurut ibu yang berusia 38 tahun itu, walaupun anaknya didapati bersalah, orang ramai tidak mempunyai hak untuk memperlakukan sebegitu kepada anaknya.
"Mereka boleh pukul, saya akan terima hukuman itu tetapi perbuatan bogelkan anak saya memalukan kami sekeluarga,” kata si ibu.
"Sakit hati seorang ibu melihat anaknya dalam keadaan sebegitu. Walaupun dia bersalah, saya percaya masih ada banyak lagi cara untuk memberi pengajaran."
Beliau juga menyatakan perbuataan ini bertentangan dengan ajaran Islam.
"Perkara ini berlaku di masjid, sepatutnya orang ramai harus melarang kejadian sebegini berlaku.
Dilaporkan, ibu remaja tersebut menyeru orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar anakya di laman sosial kerana perkara ini amat memalukan keluarganya.
0 Response to "Sakit hati Ibu, kecewa anak dib0gelkan dan diaibkan sebegitu"
Catat Ulasan