Sayu : Punca budak 3 tahun hilang di jumpai mati dibunuh kejam

Beaufort : Mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu, dijumpai berhampiran Sekolah Menengah St John dekat sini hari ini.
 
Mohd Shariqal Sidek dipercayai dibunuh. Mayatnya dijumpai kira-kira jam 2.15 petang, tujuh kilometer dari kawasan kebun  getah di Kampung Selagon, lokasi terakhir kanak-kanak itu dilihat sebelum dia dilaporkan hilang.


Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata mayat Mohd Shariqal berjaya dijumpai hasil soal siasat ke atas seorang suspek yang juga di percaya jiran keluarga mangsa.


"Suspek seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi hasil daripada maklumat orang awam yang melihat suspek membawa mangsa dalam sebuah kenderaan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat manakala motif kejadian masih disiasat,  Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.Al-fatihah Credit Bernama

0 Response to "Sayu : Punca budak 3 tahun hilang di jumpai mati dibunuh kejam "

Catat Ulasan