Malaysia boleh berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 memandang skuad
negara terpaksa bermain dengan 10 pemain ketika menentang Myanmar dalam
perlawanan pembukaan kumpulan B, Piala Suzuki AFF 2014.
Namun penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat terpaksa berhempas pulas menyelamatkan asakan dari Myanmar yang beraksi dengan kelebihan 1 pemain, Apex layak di gelar Man of the Match untuk perlawanan tersebut.
Harimau Malaya yang turun dengan misi besar di Stadium Jalan Besar,
Singapura tersentak dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad
kuning kedua terhadap pemain negara, Gary Steven Robbat di minit ke-34,
sekaligus memaksa pemain itu meninggalkan padang.
Pun, begitu ia langsung tidak mengubah corak permainan anak buah Dollah Salleh yang terus positif dalam memburu gol.
Bagaimanapun, permainan yang dipamerkan kedua-dua pasukan jelas
semakin lama semakin membosankan kerana kurang gerakan merbahaya yang
dilancarkan.
Antara peluang terbaik yang dimiliki Harimau Malaya adalah ketika
rembatan Mahali Jasuli dalam mengambil sepakan percuma yang ditepis
penjaga gol lawan di penghujung separuh masa pertama.
Ada juga gerakan baik daripada Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan
Talaha yang menghasilkan peluang untuk melakukan kejutan, namun tiada
penyudah yang baik.
Kemunculan Shukor Adan juga nampak sedikit tenggelam mungkin akibat
keletihan dan tidak sampai 90 minit perlawnaan pemain itu digantikan
oleh Baddrol Bakhtiar.
Di penghujung perlawanan, Mahali Jasuli mencuri tumpuan dengan
menggelecek tiga pemain Myanmar sebelum melakukan lambungan yang
nyaris-nyaris menewaskan penja gol lawan.
Myanmar yang mempunyai kelebihan dari segi pemain, malah dilihat
bermula agak baik di awal permainan, juga tetap gagal mencari gol.
Permainan mereka sedikit tenggelam selepas pertahanan negara mengekalkan
disiplin masing-masing.
Perlawanan antara Malaysia menentang Myanmar yang dijadualkan pada
pukul 5.00 petang terpaksa ditunda pada jam 6.00 petang akibat hujan.
Keadaan stadium yang basah sedikit sebanyak merencatkan permainan
kedua-dua pasukan. Credit Stadium Astro, H.metro
0 Response to "Piala AFF2014 : Malaysia berpuas hati 1 Mata, Apex cemerlang "
Catat Ulasan