Sedih : Luahan sayu keluarga arwah Adik Mohd Shahriqal yang dibunuh kejam



Apakah salah apakah dosa anak ku diperlakukan sekejam itu, itulah yang diluahkan oleh ibu bapa arwah adik Mohd Shahriqal yang dijumpai mati dibunuh dan jasad nya telah di campak ke sungai.

Tidak dapat mengambarkan kanak-kanak sekecil itu yang riang bermain bersama abang-abang nya tiba-tiba di culik serta dibunuh kejam oleh mereka yang berhati binatang.

Kisah ini berlaku terlalu pantas teka-teki kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kampung Selagon, Jumaat lalu, ketika keluar bermain dengan dua abangnya, terjawab apabila dia ditemui mati di satu sungai kecil di Kampung Jempangah, di sini, petang semalam.

Mayat Mohd Shahriqal Sidek ditemui terapung jam 2 petang semalam, dipercayai dibunuh sebelum dicampak di kawasan berkenaan iaitu tujuh kilometer dari lokasi terakhir kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Difahamkan Shahriqal mengikut dua abangnya, Mohd Syahfuddin Sidek, 8, dan Mohd Syahrizam Sidek, 6, keluar bermain di kawasan perumahan mereka di Kampung Selangon, kira-kira jam 7 pagi, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, dua abangnya mendapati Shahriqal tidak ada bersama lalu memaklumkan kepada ibunya yang kebetulan keluar mencari anaknya.

Walaupun usaha mencari Mohd Syahriqal bersama penduduk kampung dilakukan, mangsa gagal ditemui menyebabkan ibunya membuat laporan polis jam 4 petang, hari yang sama.

Semoga ibu bapa serta keluarga nya tabah dengan apa yang berlaku kerana ia nya begitu tragis dan menyedihkan kanak-kanak sekecil itu di perlakukan sedemikin. Al-fatihah.

0 Response to "Sedih : Luahan sayu keluarga arwah Adik Mohd Shahriqal yang dibunuh kejam "

Catat Ulasan