Siapa report page Facebook aku ? - Amran Fans


"Tergamak betul korang report page Amran. Korang memang hendak Amran jadi jahat balik, kan ?"

Itu antara catatan awal 'page' Amran Fans yang dibuka semula selepas ditutup pengurusan laman sosial Facebook kerana didakwa menerima terlalu banyak repot dan tidak mengikut undang-undang laman tersebut.

Page Amran Fans sebelum ini mendapat lebih 300,000 like dan sering mendapat tempat di hati peminat dengan catatan berbentuk humor selain dengan terbuka menyatakan perasaan hati kepadabloggerHanis Zalikha.

Beberapa blog lain juga sebelum ini turut menyatakanpageAmran Fans adalah laman 'troll' Hanis yang juga popular dengan gelaran Keknis itu.

Antara catatan terbaharu Amran Fans turut menyatakan kekecewaan selain mahu peminatnya kembali memberi sokongan kepadapagebaharu yang mula dibuka semula 10 November lepas.


Page baru Amran Fans di Facebook kini mencecah hampir 70,000 like selepas empat hari dibuka - Gambar Facebook Amran Fans BARU

Bagaimanapun laman sosial Instagram Amran_Fans77 masih aktif dan sehingga kini mendapat hampir 54,000 pengikut. Credit Astro Awani 

0 Response to "Siapa report page Facebook aku ? - Amran Fans"

Catat Ulasan