Gempar : Raja Bomoh di dakwa dera pembantu rumah nya

Pembantu rumah yang mendakwa dirinya dipukul dan didera oleh “Raja Bomoh”, Datuk Ibrahim Mat Zin masih belum membuat membuat sebarang laporan polis sejak pulang ke kampung halamannya di Kota Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia pada 4 November lalu.
Jurucakap Kedutaan Indonesia di Malaysia sendiri agak terkejut apabila dimaklumkan The Rakyat Post mengenai penyebaran satu klip video berdurasi seminit 10 saat sejak dua hari lalu, mengenai warganya Menik Fitriyanti, 41, yang mendakwa didera oleh majikan di Malaysia melalui satu temubual dengan sebuah stesyen televisyen negara itu.
Pihak kedutaan berkenaan juga tidak mengetahui terdapat kes terkini penderaan pembantu rumah oleh majikan di Malaysia sehingga wartawan The Rakyat Post mengunjungi konsulat Indonesia di ibu negara hari ini, kata jurucakap itu.
Beliau juga menjelaskan, daripada maklumat yang diperoleh, Menik Fitriyanti datang ke negara ini secara tidak sah kerana tiada rekod imigresen yang dikesan.
“Dia masuk secara tidak sah dan dia juga tidak membuat sebarang laporan polis di kedua-dua negara.
“Pihak kedutaan Indonesia, tidak boleh bertindak mengikut undang-undang selagi tiada laporan polis di buat oleh mangsa, kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku,” ujarnya.
Bagaimanapun jurucakap ini menjelaskan, pihak kedutaan akan memantau perkembangan kes ini dengan Badan Tenaga Kerja dan polis di negara itu, sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku.
The Rakyat Post memetik laporan portal berita rri.co.id, semalam yang menyebut anak perempuan mangsa, Alfa Nurismayanti mendakwa ibunya, Menik Fitriyanti sering dipukul majikan, iaitu Datuk Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’.
Akibatnya Menik mengalami kecederaan teruk di kepala sepanjang 30 sentimeter dan terpaksa menerima jahitan selain daya ingatannya turut terjejas.
Stesen televisyen Indonesia itu juga melaporkan, pihak berkuasa Indonesia akan memberi perhatian terhadap isu penderaan ini.
Sementara itu, Ibrahim dijangka akan memberikan kenyataan berhubung dakwaan itu kepada The Rakyat Post esok.

0 Response to "Gempar : Raja Bomoh di dakwa dera pembantu rumah nya "

Catat Ulasan