Terkini : 2 maut lemas dan tertimbus banjir di Cameron Highlands malam tadi ( 6 Gambar )

Cameron Highlands : Seorang budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan lemas dihanyutkan air manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut ditimbus tanah runtuh susulan hujan lebat dan banjir lumpur di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands sejak lewat petang tadi.

Malam tadi, kira-kira 150 orang daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, setakat malam tadi, kawasan berkenaan belum terjejas,insiden lemas membabitkan budak lelaki itu dilaporkan berlaku di Kuala Terla dan mangsa juga dipercayai seorang warga asing.

Kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa lelaki Nepal itu pula dilaporkan berlaku di Jalan Ringlet, pihak berwajib bertungkus lumus mencari dan menyelamat di tempat kejadian. BH, NST

0 Response to "Terkini : 2 maut lemas dan tertimbus banjir di Cameron Highlands malam tadi ( 6 Gambar ) "

Catat Ulasan