Raub : Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas
PROTON Satria yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 362 Jalan Kuala
Lumpur-Kota Baharu, dekat Raub hari ini.
Dalam kejadian pada 7.45 pagi itu, pemandu kereta, Sharul Firdaus
Abdul Latif, 23, berasal dari FELDA Tersang, Raub dan penumpang hadapan,
Muhammad Norhaffis Ansari, 24, beralamat di Kampung Pulai, Batu Malim,
Raub, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan
badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, DSP Abdul Rahim Abdul Razak,
berkata rakan mereka, Muhamad Saiful Amirul Rosli, 18, dari Kampung Gong
Pak Jin, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, cedera parah akibat
kedua-dua tangannya patah.
"Ketika nahas, semua mereka sedang dalam perjalanan dari Raub
menghala ke Bentong dan kenderaan terbabit dipercayai terbabas sebelum
masuk ke dalam longkang konkrit di kiri jalan," katanya ketika dihubungi
di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati keadaan jalan adalah lurus dan pemandu turut memiliki lesen memandu sah.
Katanya, polis turut mengambil sampel darah mangsa yang terlibat untuk ujian dadah dan alkohol.
Mayat dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera mendapat rawatan di hospital sama. Al-fatihah
0 Response to "Tragis : Dua sahabat Kelab Proton Satria mati tersepit ( 5 Gambar ) "
Catat Ulasan