Hari ini berlangsung Majlis pernikahan pelakon jelita Leez Rosli dan pasangan nya iaitu Aepul vokalis kumpulan Drama Band.

Tahniah diucapkan kepada pelakon 'Cerita Hantu Malaysia', Leez Rosli dan vokalis Drama Band, Aepul selepas mengikat tali pertunangan pada 11 Disember tahun lalu.




Namun majlis resepsi pasangan ini akan diadakan Februari depan ekoran tuntutan jadual kerja masing-masing yang begitu padat bulan depan.

Memetik laporan media, Leez memberitahu majlis pernikahan mereka sudah beberapa kali tertangguh gara-gara jadual kerja mereka.

Untuk tidak buang masa kami segerakan dulu perkara yang wajib iaitu nikah katanya, Tahniah sekali lagi buat Leez dan Aepul.