Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan sebaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp yang meminta agar orang ramai berhati-hati, kononnya terdapat sekumpulan warga Myanmar di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang akan menculik wanita memakai tudung untuk dilapah.
PDRM hari ini mengesahkan bahawa maklumat tersebut adalah palsu dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bertujuan menakutkan orang ramai.
Kenyataan PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat-maklumat yang tidak berasas yang boleh membangkitkan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat.

0 Response to "Dakwaan wanita bertudung dilapah, palsu sememang nya tidak benar"
Catat Ulasan