Dikala semua jalan raya terputus akibat banjir besar yang melanda Pantai Timur menyebabkan perhubungan terputus dengan mereka yang terlibat banjir di kala ini lah perhubungan udara amat penting untuk menyelamatkan mangsa atau memberi bantuan pada mangsa.
Ada yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit menyewa helikopter untuk membantu mangsa banjir atau mengambil keluarga yang terlibat banjir ke tempat yang lebih selamat.
Sekumpulan anak Kelantan ambil inisiatif menyewa private helikopter untuk menghantar sendiri bantuan ke Kuala Krai |
Sebelum ini, helikopter banyak digunakan untuk tujuan perniagaan seperti pembalakan, membina pencawang elektrik di kawasan hutan mahupun mengangkut kakitangan pelantar minyak di tengah laut.
Sesetengah jutawan dan orang kenamaan pula memiliki pengangkutan itu bagi memudahkan mereka bergerak ke destinasi tertentu.
Bagaimanapun, orang awam kini semakin ramai yang menyewa helikopter untuk tujuan peribadi. Malah, ia telah menjadi trend khususnya bagi pasangan pengantin baharu.
Sebagai contoh, pasangan selebriti, penyanyi Mawi dan Ekin, diterbangkan khas menggunakan helikopter sewa dari Hotel Sofitel, Senai, ke Felda Taib Andak di Kulai, Johor pada Disember 2008 sempena majlis resepsi mereka.
Selain itu, helikopter Helistar iaitu sebuah syarikat helikopter komersial di negara ini, mencipta sejarah apabila membawa tujuh pasangan pengantin baharu menghayati panorama indah Kuala Lumpur selama 10 minit tiga tahun lalu.
Menurut James, pihaknya bekerjasama dengan syarikat Helistar Resources Sdn. Bhd. sebagai penyedia dua buah helikopter iaitu model Helistar AS 350 B2 Secureuil dan model EC 120B (Colibri) yang masing-masing boleh membawa enam dan lima penumpang termasuk juruterbang.
Difahamkan, sebuah helikopter seperti itu berharga lebih RM8 juta.menaiki helikopter merupakan trend pengantin baharu sekarang. Pakej berkenaan ditawarkan pada harga RM6,500 sejam.
Namun berlainan dengan setuasi sekarang Banjir besar dan ramai terperangkap amat memerlukan bantuan jadi tidak mustahil akan ada yang sanggup berbelanja besar untuk menyewa helikopter demi selamatkan keluarga dan membantu mangsa banjir.
Dikhabarkan sewaan mencecah RM10'000 sehari untuk menyewa nya, nyawa lebih penting dari wang itu lah ungkapan oleh sesetengah orang ramai. Oleh Tiffany HNS
0 Response to "Mahalnya : Sewa Heli RM6500 sejam atau RM10000 sehari, namun nyawa atau wang ? "
Catat Ulasan