5 Gambar : Pesanan terakhir Koperal Azman sebelum meninggal di Lubnan

Melaka: Awal pagi Sabtu lalu, suami berpesan supaya saya tidak mengambil gaji bulan Januari miliknya, sebaliknya tunggu sehingga dia pulang hujung Februari ini kerana wang itu akan digunakan untuk kami menunaikan umrah akhir Jun nanti," kata isteri Koperal Azman Che Soh, Fatimah Senik, 30.

Itu pesanan terakhir anggota komando Azman, 34, dari 11 Rejimen Gerak Khas, Kem Sungai Udang, yang menyertai MALBATT 850-2 dalam Misi United Nations Interim Force (UNIFIL) di Lubnan, sebelum meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika dalam tugas, kelmarin.



Fatimah berkata, selain pesanan itu, arwah turut memintanya menjaga diri dan tiga anak mereka iaitu Nor Atikah Najwa, 8, Khairul Farhan, 5, dan Nurul Atikah Ayuni, 4, ketika membuat panggilan video kira-kira jam 2 pagi pada Sabtu lalu.

"Ketika itu, kami berbual panjang dan dia yang akan pulang hujung Februari ini sempat berpesan supaya gaji bulan Januari tidak diambil kerana ia akan digunakan sebagai wang tambahan untuk kami menunaikan umrah Jun nanti.

"Apabila panggilan video terputus, arwah menyambung perbualan menggunakan aplikasi Wechat sehingga jam 5 pagi, namun saya meminta izin untuk tidur kerana perlu membantu jiran yang melangsungkan majlis perkahwinan pagi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bertam Indah, Bertam Hulu di sini, semalam. Al-fatihah salam takziah 

0 Response to "5 Gambar : Pesanan terakhir Koperal Azman sebelum meninggal di Lubnan "

Catat Ulasan