Shah Alam : Malaysia tewas 1-2 pada Vietnam selepas tamat 95 minit perlawanan di Stadium Shah Alam, malam ini.
Tidak dinafikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki
2014 ini berjaya menjelmakan saingan bercorak agresif dan menghiburkan
daripada kedua-dua pasukan.
Namun Vietnam dilihat beraksi baik dan pertahanan Malaysia gagal menahan asakan permaian pantas pemain-pemain Vietnam.
Malaysia berjaya membuka tirai jaringan selepas dihadiahkan
sepakan penalti pada minit ke-14 dan kapten pasukan, Shafiq Rahim tenang
menolak masuk menewaskan penjaga gol, Tran Nguyen Manh.
Namun, penguasaan mereka tidak bertahan lama dengan Vietnam
mengambil alih serangan. Jelas, keringat mereka berbalas apabila berjaya
menyamakan kedudukan.
Jaringan itu sumbangan penyerang, Voo Huy Toan pada minit ke-32 buat mengimbangi semula cabaran kedua-dua pasukan.
Vietnam memperolehi gol kemenangan hasil percubaan penyerang Nguyen Van Quyet pada minit ke-60, dan keputusan penuh Malaysia 1 - Vietnam 2, mereka akan bertembung di pusingan kedua pada 11 December nanti di Vietnam.
0 Response to "8 Gambar : Suka duka Piala AFF14 Malaysia tewas 1-2 pada Vietnam "
Catat Ulasan