Penyokong Vietnam berjersi Kelantan tengok Piala Aff14 ?

Malam ini akan berlangsung Perlawanan Separuh Akhir Piala Aff Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam yang pasti lebih 70 ribu penyokong Harimau Malaya akan memenuhi Stadium Shah Alam malam ini.

Namun tidak kurang juga para penyokong Vietnam yang berkerja di Malaysia mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pelawanan hebat malam ini pasukan mereka menentang Malaysia.

Apa yang unik nya mereka memaki jersi pasukan Bolasepak Kelantan dan Selangor ke Stadium dengan memakai lilitan di kepala dengan tulis negara mereka Vietnam.

Mungkin bagi mereka agar sukar untuk membeli jersi negara mereka  oleh yang demikian mereka memilih jersi Kelantan dan Selangor yang berwarna merah seperti jersi negara mereka.

Mungkin juga mereka adalah peminat bolasepak Kelantan atau Selangor tidak lah kita pasti, apa yang pasti perlawanan malam ini hebat dan Malaysia mesti menang jika mahu cerah kan harapan ke Final. Credit Tiffany HNS

0 Response to "Penyokong Vietnam berjersi Kelantan tengok Piala Aff14 ? "

Catat Ulasan