Foto Pemain Thailand jersi nombor 7 jadi pujaan Wanita

Charyl Chappuis Pemain Thailand jersi nombor 7 jadi kegilaan wanita di Malaysia. Pada perlawanan pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2014 antara Thailand vs Malaysia pada 17 Disember 2014 lalu dan malam tadi , jersi no 7 pemain Thailand mencuri tumpuan penonton terutamanya penyokong wanita Harimau Malaya.


Ini kerana pemain nombor 7 Thailand tersebut memiliki wajah yang tampan justeru memikat hati penyokong wanita Harimau Malaya. Untuk info, nama sebenar pemain tersebut adalah Charyl Chappuis yang turut menyumbangkan satu gol penalti dalam perlawanan akhir pertama Thailand vs Malaysia di Stadium Bangkok.

Dan malam tadi usaha keras nya juga lah yang membolehkan Thailand muncul juara edisi kali ini dengan menjaringkan gol pertama Tahiland di Bukit Jalil setelah ketinggalan dengan 0-3 pada Malaysia. Tahniah Chary n Thailand Football Team.

0 Response to "Foto Pemain Thailand jersi nombor 7 jadi pujaan Wanita"

Catat Ulasan