Kuala Lumpur : Selepas lebih dua bulan memutuskan
hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa
dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam keadaan
aib kini disebarkan di laman sosial.
Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa
tangga, walau laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota
polis memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang
dari keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.
Mangsa, Nor Fathiah Idris, 25, memberitahu, dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu
yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang
berkemban memakai tuala ke laman Facebook pada 2 Disember lalu.
Sehari kemudian gambar bogelnya pula
turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeeChat dengan menggunakan
nombor telefon milik Fathiah sendiri.
Kata Fathiah, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu,“Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.Walau
laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis
memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari
keluarga yang berpengaruh.
“Meskipun gambar yang dimuat naik di
internet itu hanya saya sedang bertuala tetapi ia sudah cukup untuk
memalukan,” Fathiah mengadu .
Fathiah turut mendakwa, sepanjang
perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan
penyalahgunaan dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.
Sementara itu, ibu Fathiah, Fatimah
Ismail, 50, mendakwa beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah
membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada
keluarga berpengaruh.
Mereka berkata, seorang daripada abang
lelaki itu adalah exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala
bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat.
“Saya sungguh terkejut mendengar apa
yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan
bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,”
katanya.
Fatimah berkata, dia tidak menyangka
bekas teman lelaki anaknya itu sanggup melakukan perkara terkutuk yang
menjatuhkan maruah keluarganya. Credit The Rakyat Post
0 Response to "Gadis resah gambar b0gel disebar teman lelaki selepas putus "
Catat Ulasan