Gambar anjing di telefon, dan cara untuk menukar nya

Isu imej anak anjing yang dikaitkan dengan smartphone Samsung telah menjadi isu hangat digembar gemburkan di media sosial terutamanya Facebook dan forum-forum. Malahan ada yang sanggup mengeluarkan “fatwa” sendiri berkaitan imej tersebut. 

Ini lah yang berlaku kepada seorang wanita di Johor Bharu terkejut melihat foto anjing yang tersimpan secara sulit di dalam telefon bimbit miliknya.
Azlina Samsu, 34, berkata, dia yang musykil dengan perkara itu membuat semakan di telefon jenis sama milik rakan lain.


Menurutnya, tindakannya itu turut mengejutkan rakan kerana masing-masing tidak mengetahui perkara itu.


“Saya terkejut melihat anak menekan kod *#0*# kemudian menekan sensor dan imej test lalu keluar gambar anjing.




“Saya yang pada mulanya tak percaya mula menekan kod sama dalam telefon bimbit kawan jenis sama dan memang sah tersimpan gambar anjing serupa,” katanya.

Azlina berkata, gambar haiwan berkenaan menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar anjing dibawa masuk ke dalam masjid.


Menurutnya, pelbagai cara dilakukan untuk memadam gambar tersebut, namun tidak berhasil kerana dimasukkan automatik dalam telefon bimbit jenama berkenaan.

Bagi menyelesaikan masalah ini di sini ini saya kongsikan link cara untuk menukar imej anak anjing di smartphone Samsung dengan imej yang lain, anda boleh ke SINI Credit Sinar, mobilityworlds

0 Response to "Gambar anjing di telefon, dan cara untuk menukar nya"

Catat Ulasan