Jadual Undian Piala FA 2015, Pahang jumpa JDT lagi

Kejutan besar berlaku dalam undian pusingan pertama Piala FA 2015 yang dijalankan hari ini apabila juara bertahan dan juara Piala Malaysia Pahang telah diundi bertemu Johor Darul Takzim (JDT).
 
Pertemuan ini pasti dijadikan misi membalas dendam The Southern Tigers untuk memadam kekecewaan tewas di tangan Tok Gajah dalam final Piala Malaysia pada 1 November yang lalu.

Bagi Pahang pula, sudah pasti mereka mahu mengulangi kejayaan yang menyaksikan Tok Gajah mengecewakan Felda United 2-1. Ianya bukan mustahil seperti mana mereka berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia.

Selain itu skuad Selangor berdepan tugas sulit apabila diundi berdepan finalis musim lalu Felda United.

Skuad kendalian Mehmet Durakovic perlu bangkit lebih ampuh musim ini apabila sekadar mara ke pusingan kedua edisi lepas apabila tumpas ditangan Sarawak.

Dengan ketiadaan Paulo Rangel, The Red Giants perlu mengharapkan pemain baru untuk memberikan aksi mantap.

Tarikah sepak mula saingan Piala FA 2015 masih belum diumumkan.Credit Stadium Astro

0 Response to "Jadual Undian Piala FA 2015, Pahang jumpa JDT lagi "

Catat Ulasan