Guru wanita dan suami dikhuatiri lemas bot penyelamat terbalik

Kemaman : Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas bot dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di Kampung Geliga Che Akob, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.
Difahamkan, mangsa Suhaimi Awang dan isterinya Norhayati Sulung, kedua-duanya berusia 37 tahun, sebelum itu menaiki bot penyelamat bersama lima yang lain untuk ke pusat pemindahan sementara yang terletak berhampiran kampung berkenaan.
Cikgu Norhayati Sulong, 37, merupakan guru di Sekolah Menengah Geliga Kemaman, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bot terbabit terperangkap di tengah pusaran air lalu terbalik.
“Kedua-dua mangsa yang terjatuh ke dalam air, hanyut dibawa arus deras, manakala penumpang lain iaitu tiga penduduk dan tiga penyelamat terdiri daripada anggota bomba dapat naik semula ke atas bot.
“Usaha mencari mangsa sedang dijalankan dan sehingga 6.15 petang tadi, mangsa masih belum ditemui,” katanya.

0 Response to "Guru wanita dan suami dikhuatiri lemas bot penyelamat terbalik "

Catat Ulasan