Video : Gadis cantik tawarkan periksa buah z akar percuma

Seorang gadis yang mewakili Yayasan Movember iaitu sebuah yayasan yang memperjuangkan kesihatan lelaki di dunia telah memeriksa buah zakar lelaki di tempat awam secara percuma.

Program berkenaan dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada lelaki di luar sana kesedaran untuk menjaga kesihatan mereka dan progam ini menumpukan kepada kesedaran mengenai kanser testiscular.
Mereka mempersiapkan beberapa gadis-gadis jelita sebagai daya tarik untuk memberi pemeriksaan kanser buah zakar kepada sesiapa yang berminat.

Mereka akan menyumbangkan sebanyak $100 kepada tabung yayasan bagi setiap lelaki yang tampil untuk membuat pemeriksaan di khalayak awam.
Mereka manjadikan pejalan kaki sebagai sasaran utama dan akan menjemput mereka menjalani pemeriksaan dan sekaligus menjadi penymbang kepada Yayasan Movember Amerika Syarikat.
Dengan strategi yang di lakukan mereka ini teah berjaya menarik ramai penyertaan dan dikatakan akan dilakukan di beberapa tempat lain kerana sambutan yang diterima sangat luar biasa.

0 Response to "Video : Gadis cantik tawarkan periksa buah z akar percuma"

Catat Ulasan