Pihak pengurusan butik permainan kanak-kanak, Hamleys Malaysia telah
mengambil tindakan disiplin terhadap salah seorang pekerjanya yang tidak
membenarkan anak kepada penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor memakai
tudung sekiranya ingin bekerja dipremis berkenaan.
Menerusi satu kenyataan dikeluarkan butik berkenaan di Facebook pada Ahad, pekerja yang mengendalikan sesi temu duga itu tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja selain memberikan maklumat tidak benar kepada Nur Lisa, 17.
"Setelah disiasat salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam.
"Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini dan pihak kami berasa amat kesal dengan insiden ini dan berharap pihak Datuk Rosyam dan anaknya menerima permohonan maaf ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Hamleys Malaysia di Facebook pada Ahad.
Terdahulu, Rosyam menerusi laman Twitter miliknta meluahkan rasa
kecewa apabila sebuah butik Hamleys cawangan One utama di sini
mengarahkan anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk
ditawarkan bekerja di kedai alat permainan kanak-kanak itu.
Rosyam yang berang dengan syarat berkenaan menyifatkan permintaan itu sebagai biadap dan meminta pelanggan tidak lagi mengunjungi butik tersebut.
"Sedih, hari ini anak saya yang baru habis SPM pergi minta kerja untuk isi masa terluang tetapi dengan syarat kena bukak tudung. Kedai Hamleys kurang ajar!," tulisnya di Twitter.
Dalam pada itu, Hamleys dalam kenyataan sama memberitahu pihaknya tidak pernah meletakkan sebarang polisi yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung sebagai salah satu syarat untuk bekerja dengan syarikat tersebut.
"Hamleys tidak mempunyai sebarang polisi yang mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab malah kami mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama," jelas kenyataan itu lagi.

Luahan Rosyam di Twitter mengenai insiden anaknya disuruh buka tudung.
"Sekiranya ada diskriminasi sebegitu bagaimana wanita Islam yang bertudung ingin mencari kerja? Tidak salah rasanya mengambil pekerja yang menutup aurat.
"Kelantangan saya mengenai perkara ini bukan ingin memburuk-burukkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di kemudian hari," katanya. Credit Mstar
0 Response to "Isu buka tudung : Butik Hamleys mohon Maaf kepada Rosyam "
Catat Ulasan