Khemah bilik untuk mangsa banjir harap ke semua Daerah di Kelantan

IM4U telah memperkenal kan khemah berbentuk bilik kepada mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan agar berasa lebih selesa terutama wanita dan anak-anak.

Khemah berbentuk ini telah di perkenalkan di pusat-pusat pemindahan sekitar Kota Bharu, dan ramai berharap agar khemah ini juga dapat di perluaskan di daerah-daerah yang teruk di landa Banjir.

Daerah yang paling teruk ketika ini adalah di Kuala Krai ramai yang masih terperangkap di atas bukit dan di Sekolah-sekolah yang hubungan terputus sama sekali hanya boleh melalui bot dan pengangkutan udara.






Khemah seperti ini telah di perkenalkan di Jepun semasa negara mereka di landa Tsunami akibat gempa bumi yang kuat lalu.

Diharap dengan bantuan yang di lakukan oleh IM4U ini sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan kepada mangsa-mangsa banjir. Oleh Tiffany HNS

1 Response to "Khemah bilik untuk mangsa banjir harap ke semua Daerah di Kelantan "