Rakyat Johor bukan Islam juga doa kesejahteraan Tunku Jalil

Ramai sedia maklum, salah seorang putera Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar, iaitu Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar sedang mengalami masalah kesihatan.
Lantas, rakyat Johor tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mendoakan agar Tunku Laksamana itu kembali sihat.
Tunku Jalil bersama Dato Siti Nurhaliza


Satu majlis mendoakan kesejahteraan putera tersebut diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandar Raya Johor Bahru kira-kira jam 9 pagi dan mengumpul lebih kurang 3,000 peserta terdiri daripada penganut Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, Sokka, Gakai dan Bahai.
Menurut pengarah program berkenaan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong, ia dilakukan sebagai lambang pemuafakatan rakyat Johor selain tanda taat setia kepada raja.
Hadir sama ke program tersebut adalah Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang dan anggota Dewan Negara, Senator Chia Song Cheng. Credit  MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Rakyat Johor bukan Islam juga doa kesejahteraan Tunku Jalil"

Catat Ulasan