2 Gambar : Katil menggantikan kerusi di dalam pawagam

Moscow : Sebuah syarikat perabot terkenal mengambil alih sebuah pawagam, bagi membolehkan kaki wayang merasai kelainan, bagaikan menghadiri sebuah parti tidur atau lebih dikenali sebagai slumber party.
Syarikat perabot gergasi Sweden, IKEA bertindak menggantikan kerusi di Pawagam Kimostar De Lux dalam sebuah pusat beli-belah di Khimki, pinggir bandar Moscow, dengan katil sempena kempen “Awake Love” di Rusia.
Tempahan untuk menonton wayang di pawagam pertama di Rusia yang dilengkapi 15 katil itu, sudah penuh sehingga 14 Disember ini.
Kempen yang akan berlangsung sehingga Ahad ini, menyerupai satu acara sama yang diadakan di sebuah dewan muzik di Paris, pada 2010. Credit Therakyatpost

0 Response to "2 Gambar : Katil menggantikan kerusi di dalam pawagam"

Catat Ulasan