Kuala Kangsar : Prihatin dengan bencana banjir yang
sedang melanda, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan kesemua
masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat.
Solat hajat itu untuk memohon ihsan Allah SWT meringankan tanggungan
dan ujian agar situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sedia
kala.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Sultan Perak, Khamis,
baginda turut menitahkan supaya sebarang acara konsert atau yang
berunsur hiburan jika ada dirancang menjelang sambutan tahun baharu
hendaklah dibatalkan.
Ia termasuk acara yang melibatkan atau dianjurkan kerajaan negeri atau mana-mana agensi kerajaan negeri, titah baginda.
Sultan Nazrin Shah juga memperkenan Yayasan Sultan Azlan Shah
mengurniakan dua pasang pakaian dan kasut sekolah kepada setiap pelajar
daripada kalangan mangsa banjir.
Titah itu susulan keberangkatan Sultan Nazrin Shah dan Raja
Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim ke sesi taklimat situasi banjir
negeri Perak dan lawatan baginda berdua ke pusat pemindahan banjir,
Khamis.
Setakat pagi ini, sebanyak 4,335 orang daripada 1,079 keluarga yang
terjejas banjir dipindahkan ke 43 pusat pemindahan banjir di tiga daerah
iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah.
Daerah Kuala Kangsar yang meliputi kawasan Sungai Siput mencatat
bilangan tertinggi mangsa banjir setakat ini iaitu 2,767 orang daripada
659 keluarga dan 23 pusat pemindahan masih dibuka. Credit Mstar, Bomba
0 Response to "Sultan Nazrin Shah titah solat hajat, batal acara Hiburan Ambang 2015"
Catat Ulasan