Hanya dengan satu ciuman, seorang remaja, Liu Wenxiu berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada membunuh diri.
Remaja tersebut kini menjadi popular di negaranya kerana berjaya
meyakinkan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, agar menyayangi diri
sendiri dan tidak melakukan perbuatan bodoh.
Kejadian tersebut berlaku pada bulan lepas, namun kisah mengenainya terus diperkatakan, Ketika kejadian, Liu Wenxiu berada di sebuah pusat beli belah di
Shenzhen, apabila dia kemudiannya melihat orang ramai mengerumuni
seorang lelaki yang ketika itu cuba memanjat pengadang di tingkat paling
atas bangunan itu.
“Saya mahu membantu lelaki itu namun polis tidak membenarkannya. Saya
kemudian menipu polis bahawa dia adalah teman lelaki saya yang mahu
membunuh diri kerana saya.
“Mereka kemudiannya membenarkan saya bercakap dengan lelaki itu dan
dia memberitahu bahawa dia sangat sedih kerana keluarganya berpecah
belah,’’ katanya.
Apabila mendengar cerita lelaki itu, Liu Wenxiu menjadi sedih kerana
dia juga berasal daripada keluarga yang berpecah belah.
Dia kemudiannya mengejutkan orang ramai apabila mencium lelaki itu di
bahagian bibir, hingga lelaki itu leka dan di saat berkenaan, polis
dengan segera menarik lelaki tersebut. Credit Mynewshub
0 Response to "Video : Ciuman gadis selamat nyawa lelaki dari bunuh diri "
Catat Ulasan