3 Gambar : Pelakon jelita Hanez Suraya dan Romie Razin selamat bertunang


Pelakon Hanez Suraya selamat melangsungkan pertunangan selepas Isyak tadi dengan lelaki pilihannya, Romie Razin Adilha.

Lapor sebuah portal, majlis diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing masing.


Majlis itu menamatkan teka teki dan tanda tanya yang wujud mengenai spekulasi acara pertunangan mereka.


"Ya... kami baru saja bertunang tadi," katanya.

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah dilaporkan putus cinta.


Hubungan pasangan ini menjadi perhatian ramai tahun lalu apabila Hanez didakwa sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya.


Hanez juga berdepan dengan fasa kejatuhan yang mendadak berikutan kontroversi itu. Beliau bagaimanapun enggan mengenang kisah lalu.


"Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang," katanya. Credit MH

0 Response to "3 Gambar : Pelakon jelita Hanez Suraya dan Romie Razin selamat bertunang "

Catat Ulasan