Kuala Lumpur : Trend penghinaan terhadap kesucian Islam yang berlaku
dalam negara akhir-akhir ini menuntut kerajaan untuk tidak lagi bersikap
‘lembik’ atau sekadar memberi amaran, sebaliknya ‘bertaring’ dalam
bertindak.
Terbaru tindakan sekumpulan remaja lelaki yang
merakamkan gambar ketika solat menerima kecaman pelbagai lapisan
masyarakat yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai mempersenda dan
menghina Islam.
Gambar sekumpulan remaja yang sedang ‘bersolat’
itu mula diperkatakan apabila penguna media sosial memuatnaik gambar
tersebut yang kemudianya menjadi ‘viral’.
Ada yang merasakan
tindakan remaja tersebut hanya sekadar ingin berjenaka, namun tindakan
mereka itu dilihat sebagai keterluan kerana mempersendakan ibadah
masyarakat Islam di negara ini.
Gambar tersebut turut memaparkan
aksi mereka yang tidak menutup aurat, bercakap menerusi telefon bimbit
dan yang paling menyedihkan ada yang sedang menghisap rokok.
Dimaklumkan sehingga tiada sebarang aduan dan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian ini.
Tinjauan juga mendapati, ramai dikalangan penguna media sosial mengesa
agar pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam segera menyiasat dan
mengambil tindakan tegas terhadap perlaku di dalam gambar tersebut.
Credit SuaraTV
0 Response to "Kurang Ajar : Masyarakat kutuk tindakan 6 remaja persenda Solat"
Catat Ulasan