Petaling Jaya : Peniaga Petrol mendakwa banyak stesen minyak mungkin
perlu ditutup jika harga petrol terus jatuh, memberikan kerugian tinggi
sebagai alasan.
Presiden Persatuan Peniaga Petrol Malaysia Datuk
Hashim Othman berkata, penurunan harga bahan api telah menyebabkan para
peniaga mengalami kerugian antara RM20,000 dan RM100,000.
Jika
penurunan itu hanya beberapa sen, kita masih boleh berdepan dengan
kerugian itu. Tetapi kini dengan penurunan 35 sen (petrol), kami
membelinya pada harga tinggi dan menjualnya pada harga rendah.
Jika ini terus dijalankan, ramai di antara kita terpaksa gulung tikar, katanya kepada The Star.
Sebelum
ini, RON95 dan RON97 masing-masing dijual pada harga RM2.26 dan RM2.46
seliter, manakala diesel dijual pada harga RM2.23 seliter.
Harga
baru yang bermula pada Jumaat menjadikan RON95, RON97 dan diesel
masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan RM1.93.
Presiden
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp) Datuk Abu
Samah Bachik bimbang stesen minyak akan ditutup jika harga minyak akan
turun dua hingga tiga kali lagi.
Semua peniaga di negara ini terjejas, tiada seorang pun daripada kami terkecuali, katanya.
Abu berkata para peniaga sedang berbincang dengan kerajaan mengenai cara untuk menangani masalah ini.
Hashim
sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa para peniaga sepatutnya
mempunyai nilai stok bahan api untuk sekurang-kurangnya tiga hari,
sambil menambah bahawa lesen operasi boleh ditarik balik jika ia tidak
dipatuhi.
Katanya, ia adalah kerana petrol dan diesel telah dianggap sebagai barangan keperluan.
Ketika
diminta mengesahkan khabar angin bahawa peniaga telah kehabisan
bekalan, Hashim pada Khamis berkata keadaan ini mungkin disebabkan oleh
pengguna jalan raya yang menahan pembelian bahan api sehingga selepas
perubahan harga yang baharu.
“Sesetengah (stesen) kehabisan bahan
api kerana orang ramai tidak membeli petrol sehingga akhir bulan ini.
Tetapi apabila harga turun, semua orang bergegas mengisi minyak, ”
katanya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Hasan Malek mengesahkan bahawa pengedar telah
menyaksikan kerugian yang tinggi akibat penurunan harga petrol.
Ditanya
apa yang akan dilakukan kerajaan, beliau menjawab, “Buat masa ini kita
sedang melihat apa yang berlaku, tetapi kita juga mengadakan pertemuan
dengan syarikat-syarikat minyak dan peniaga (tentang perkara ini).”
Setiausaha
Agung Fomca Datuk Paul Selvaraj berkata perubahan harga bermakna stesen
minyak terpaksa berhadapan dengannya, memetik penurunan global harga
minyak mentah. Credit mStar
0 Response to "Harga minyak TURUN terus BUNUH perniagaan kami "
Catat Ulasan