Surabaya : Selepas hampir seminggu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR)
masih berdepan dengan keadaan cuaca yang buruk dalam misi mencari semua
mayat mangsa yang terkorban di atas pesawat AirAsia QZ8501.
Setakat
hari Jumaat, bilangan mayat yang ditemui di kawasan Kalimatan Tengah
adalah 30. Menurut Komando Yayan Sofiyan dari Indonesia, beberapa
daripada mereka ditemui dalam keadaan masih terikat dengan tempat duduk
mereka. Empat mangsa kemalangan telah dikenalpasti dan dikembalikan
kepada ahli keluarga mereka, termasuk seorang pramugari dan seorang
budak lelaki yang berumur 11 tahun.
Bangkai
pesawat tersebut pula telah dikesan oleh sonar pada hari Selasa dan
dikatakan berada dalam keadaan songsang di dasar laut 100 meter.
AirAsia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal dalam perjalanannya dari Surabaya ke Singapura apabila telah hilang
pada hari Ahad, 28 Disember 2014. Sebelum hilang daripada radar,
juruterbang telah meminta izin untuk meningkatkan ketinggian tetapi
tidak diberi izin oleh pusat kawalan trafik udara kerana keadaan trafik
udara yang sesak pada masa itu.
Punca sebenar nahas masih belum diketahui tetapi dipercayai kerana cuaca yang buruk.
Pada
hari Jumaat, lebih daripada 200 penduduk tempatan di Surabaya telah
berkumpul di sebuah masjid dan berdoa untuk semua mangsa yang
terkorban.
0 Response to "QZ8701: Hari ke-7 mangsa ditemui masih terikat di kerusi penumpang "
Catat Ulasan