4 Gambar : Selebriti jelita tolong mangsa banjir pun kena kutuk..?

KENALKAH anda wanita berambut panjang yang sedang membersihkan lumpur dalam gambar di atas?

Siapa lagi kalau bukan pengacara baharu Nona yang juga pelakon jelita, Fouziah Gous !

Fouziah dan suaminya adalah antara selebriti yang terlibat secara aktif dalam misi bantuan mangsa banjir khususnya di kawasan terjejas teruk di Pantai Timur.


Sememangnya kami kagum dengan keprihatinan pelakon ini kerana sanggup mengetepikan status public figure dan turun padang demi meringankan beban penduduk kampung.

Begitu pun, ada juga manusia yang tak senang melihat Fouziah dan melihat dari sudut negatif sahaja hingga keluar isu ‘gila publisiti’ dan ‘tak bertudung’.

Mungkin ada yang berniat baik mahu melihat selebriti itu berubah, tapi banyak lagi cara yang lebih sopan untuk menegur.

Tak perlulah sampai nak mengutuk dan mengaibkan orang lain kerana kita tak tahu, entah-entah yang dikutuk itu sebenarnya manusia yang lebih mulia daripada kita di sisi-Nya siapa tahu ? Credit Mynewshub

0 Response to "4 Gambar : Selebriti jelita tolong mangsa banjir pun kena kutuk..?"

Catat Ulasan