Tujuh gadis terkejut aksi mereka sedang mandi bogel dirakam

Kuala Lumpur: Sekumpulan tujuh gadis kolej tidak menyangka 'aksi' mereka sedang mandi bogel di dalam bilik air dirakam rakan lelaki mereka menggunakan kamera tersembunyi berbentuk pen.

Kamera tersembunyi itu yang boleh merakam video dengan jelas sengaja diletakkan di dalam bekas berus ubat gigi bagi mengelak ia dikesan.
MICHEAL menunjukkan pen kamera yang digunakan untuk merakam aksi gadis mandi sambil diperhatikan kedua mangsa. 
Salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 24, berkata, kejadian berlaku ketika mereka semua mengikut suspek pulang ke kampung halaman di Sibu, Sarawak.

Menurutnya, suspek berusia 24 tahun itu mempelawa rakan sekelas pulang bercuti ke kampung halamannya sempena cuti semester pada 24 Disember lalu.

Kami mengenali suspek sejak lima tahun lalu berikutan kami menuntut di kolej sama di ibu kota, kes ini sedang disiasat oleh pihak berwajib. Credit HM

0 Response to "Tujuh gadis terkejut aksi mereka sedang mandi bogel dirakam"

Catat Ulasan