Dua beradik hilang di JB di temui selamat - Astro Awani


Kuala Lumpur : Kegelisahan ibu kepada dua beradik yang hilang sejak Rabu, berakhir apabila Mohd Iman Zafri, 11, dan Nur Alysyah Zafiera, 9, kini telah kembali ke pangkuan keluarga dengan kerjasama pihak polis.

Perkara itu, menurut sebuah laporan, telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh.

Dua beradik itu pada Rabu, meminta kebenaran ibunya, Azriana Ahmad untuk pergi ke kedai sebelum disedari tidak kembali semula setelah lebih 15 minit.

Melalui status di laman media sosial perniagaan ibunya pagi tadi, turut dinyatakan mengenai situasi dua beradik tersebut yang telah dijumpai pihak polis.

"Saya akan update sekiranya anak-anak ada di depan mata saya. Anak-anak hilang bukan lari daruli rumah seperti yang didakwa," kata status berkenaan.

Bapa dua beradik itu, Hudzaifah Fauzie, ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi memberitahu, anak-anaknya kini sudah bersama keluarga dan mereka dalam keadaan baik.

"Saya berterima kasih pada pihak yang membantu menyebarkan khabar sehingga anak-anak kami ditemui semula," ujarnya.

Pada masa yang sama, Hudzaifah kesal terhadap fitnah yang dilemparkan oleh pengguna media sosial sejak khabar kehilangan anak-anak mereka disiarkan umum.

"Harap pihak-pihak tertentu hentikanlah semua tanggapan buruk yang ditujukan kepada keluarga kami. Sekarang ini semuanya sudah selamat," katanya.

Mohd Iman dan Nur Alysyah dilaporkan hilang sejak 9 malam Rabu lalu selepas mereka keluar dari premis niaga ibu bapa mereka untuk ke kedai.

0 Response to "Dua beradik hilang di JB di temui selamat - Astro Awani "

Catat Ulasan