Kontroversi dan Sharifah Sakinah ibarat air dicincang takkan putus. Kalau namanya timbul sahaja, pasti ianya tak lain tak bukan, melibatkan kisah-kisah hangat lagi panas yang dicetuskan dirinya.
Terbaharu, Sakinah cetus kontroversi lagi apabila fotonya bergambar dengan busana pengantin yang mendedahkan bahagian dadanya mendapat kritikan ramai peminat.
Difahamkan Sakinah menggayakan pelbagai rekaan gaun pengantin yang direka pereka fesyen Khoon Hooi itu untuk sesi fotografi pra perkahwinannya.
Sakinah bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, seorang juruterbang, Alif Adha pada 28 Mac ini.
Namun macam biasa, walaupun dikritik dan dikecam hebat namun Sakinah dilihat tidak pernah ambil kisah mengenai perkara tersebut.
Agaknya Sakinah pun dah cukup masak dan kalis telinga dengar macam-macam kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya selama ini.
Tak apalah, kita doakan sahaja agar segala perancangan Sakinah untuk majlis perkahwinannya kelak berjalan lancar dan dia diberikan hidayah untuk mengubah mana yang patut diubah.Credit Mynewshub
0 Response to "Peminat kritik Sakinah pakai gaun de dah d ada"
Catat Ulasan