Untung jadi wanita pencuri yang cantik

HANYA kerana telefon iPhone 5Cnya dicuri oleh seorang wanita cantik, seorang lelaki dari Jepun dengan ikhlas memaafkan wanita itu kerana telah mencuri gajet miliknya.

Kehilangan itu berlaku semasa lelaki itu , Matsumoto Hiroki melancong ke Bangkok, Thailand.

Semuanya terbongkar setelah Identiti siapa pencuri telefon Hiroki dapat dilihat  apabila si pencuri telah merakamkan gambar miliknya sendiri secara ‘selfie’ dengan menggunakan telefon milik Hiroki.

Dia juga boleh melihat gambar berkenaan daripada aplikasi iCloudnya.

Selepas melihat beberapa keping gambar pencurinya, Hiroki melalui Twitternya pada 10 Januari lepas memberitahu bahawa pencuri telefon pintarnya amat comel dan cantik .

“Anda boleh menyimpan iPhone selagi kita masih berkawan” kata Hiroki.

Mesej itu diterjemahkan ke dalam bahasa Thailand, dan kemudian dihantar kepada pencuri wanita tersebut .

Selepas mesej itu dihantar , Hiroki telah mendapati terdapat sejumlah gambar lelaki di aplikasi tersebut,Hiroki kemudiannya telah menutup akaun telefonnya itu .

0 Response to "Untung jadi wanita pencuri yang cantik "

Catat Ulasan