Miley Cyrus mendakawa lelaki banyak sangat tonton filem panas ?


Biarpun beliau gemar berpenampilan seksi, rupa-rupanya Miley Cyrus seorang yang konservatif juga.

Baiklah, tidak konservatif mengikut definisi warga timur seperti kita tetapi jelas beliau tidak berapa setuju dengan aktiviti masa lapang kebanyakan lelaki.

Dalam sebuah temu bual bersama Ronan Farrow dalam edisi bulan Mac bagi majalah W, Miley meluahkan perasaan dan berkongsi cerita bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang hubungan cinta semenjak putus tunang dengan pelakon kacak, Liam Hemsworth.

Malah Miley juga rasa sukar untuk percayakan orang lalu ini telah mempengaruhi kebanyakan hubungan beliau. 

Bukan sekadar masalah kepercayaan yang dilalui Miley, malah Miley turut rasakan bahawa lelaki menonton terlalu banyak filem lucah. 

“Gadis dalam filem lucah tidak wujud. Mereka bukan gadis sebenar,” luah Miley.

Miley sambung menyalahkan industri filem lucah kerana memberi lelaki tanggapan yang tidak masuk akal tentang wanita. 

Tidak berhenti di situ sahaja. Miley sambung menyamakan novel cinta kepada filem lucah. “Novel cinta memberikan wanita harapan palsu tentang lelaki idaman, seperti mana filem lucah berikan harapan palsu kepada lelaki tentang wanita.”Credit

0 Response to "Miley Cyrus mendakawa lelaki banyak sangat tonton filem panas ?"

Catat Ulasan