4 Gambar wajah Awek Cun berani mengorat KJ di twitter ?

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter yang menjawab soalan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi laman mikro tersebut telah menarik perhatian ramai.
Puncanya, soalan serius KJ yang berbunyi “Dimanakah venue Sukan Komanwel pada 2010?” telah dibalas oleh pemilik twitter handle @syasyamahmud atau Ratu Selfie dengan jawapan romantik “di dalam hati kita berdua…”.


Jawapan ini boleh dianggap cuma satu gurauan nakal memandangkan semua wanita Malaysia sudah tahu bahawa KJ merupakan menantu bekas PM kita, Pak Lah namun ia tetap menarik perhatian hingga mendapat banyak retweets.
Namun apabila KJ memberikan respon bahawa dia sendiri terhibur dengan usikan tersebut dengan mengarahkan supaya wanita ini diberikan hadiah berupa baju Malaysian Heroes, penyiasat tak bertauliah di media siber mula menyelidik pemilik akaun Twitter tersebut.
Hasilnya adalah gambar-gambar Ratu Selfie atau Syasya Mahmud dalam pelbagai persalinan yang diambil daripada laman sosial miliknya.sumber

0 Response to "4 Gambar wajah Awek Cun berani mengorat KJ di twitter ? "

Catat Ulasan