Bapanya telah dipersalahkan di atas kematian 193 rakyat Belanda dalam insiden nahas pesawat MH17, Khamis lalu.
Hanya kerana dia merupakan anak perempuan Presiden Rusia, Vladimir Putin, kini kehidupan peribadi Maria Putin, 28, pula telah diganggu sebilangan besar penduduk di The Hague, di bandar di mana Maria menetap bersama kekasihnya, seorang warganegara Belanda, Jorrit Faassen berusia 34 tahun.
Datuk Bandar Hilversum, Pieter Broertjes, sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa mahukan anak Putin itu dihalau keluar dari Belanda hanya disebabkan insiden nahas MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu.
Broertjes kemudiannya meminta maaf di atas keterlanjuran katanya namun tidak menafikan kenyataannya itu berlandaskan rasa geram dan marahnya terhadap kepimpinan Rusia di atas insiden tersebut.
Pesawat MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal telah terhempas selepas ditembak jatuh oleh militan pro-Rusia.sumber
0 Response to "Anak Presiden Putin dihalau keluar dari Belanda gara-gara MH17"
Catat Ulasan