Gambar Kotak Hitam MH17 dijumpai oleh askar Pro-Russia

Kotak Hitam pesawat MH17 yang ditembak jatuh telah dijumpai, kotak hitam tersebut kini berada bersama askar pemberontak pro-Russia, mereka juga kini sudah mengambil 196 mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang ditemui di kawasan nahas ke lokasi yang tidak diketahui, kata pasukan perkhidmatan kecemasan Ukraine.

Wartawan Associated Press (AP) sendiri menyaksikan tentera pemberontak memasukkan mayat mangsa yang dibungkus dengan plastik ke dalam lori sebelum membawa keluar dari kawasan nahas.




Seorang pekerja perkhidmatan kecemasan, Alexander Pilyushny, berkata, tentera pemberontak itu mengambil masa beberapa jam untuk membawa semua mayat itu keluar dari kawasan nahas. 

Katanya, dia bersama rakan kerja yang lain tiada pilihan selain akur pada arahan kumpulan pemberontak untuk menyerahkan mayat kepada mereka. 

0 Response to "Gambar Kotak Hitam MH17 dijumpai oleh askar Pro-Russia "

Catat Ulasan