BERIKUTAN prestasi buruk ditunjukkan pemain import Red Warriors pada musim ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memperketat syarat pemilihan bagi musim hadapan.
Penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, selain itu aspek kesihatan dan kecergasan pemain juga akan diberi penekanan utama.
Tapisan lebih tegas akan dikenakan agar Kafa tidak membuat percaturan salah dengan memilih pemain yang sudah lama tidak beraksi atau mengalami kecederaan seperti sebelum ini, katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.
"Kita sedang mengenal pasti beberapa pemain antarabangsa dan telah menandatangani prakontrak dengan bekas pemain kebangsaan sebuah negara yang juga pemain dunia yang beraksi dalam Piala Dunia di Brazil baru-baru ini," katanya yang tidak mahu menyatakan nama pemain terbabit.
Pada saingan Liga Super musim ini, Kelantan menduduki tangga keenam selepas mengumpul 31 mata hasil 10 kemenangan, satu seri dan 11 kekalahan.
Selain itu, Kelantan juga gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas tewas dengan Felda United di separuh akhir.
Pemain import Kelantan terdiri Prince Tagoe dari Ghana, Hussein Ala Salman (Iraq), Mohamed Shawky Aly Mohamed (Mesir) dan Francis Forkey Doe (Liberia).
Dalam pada itu, Annuar berkata pemain Harimau Muda A yang berasal dari Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim antara muka baharu yang menyarung jersi Kelantan pada musim baharu nanti.
Kafa turut mengintai dua lagi pemain termasuk penjaring terbanyak sebuah liga di Asia untuk memperkukuh pasukan, katanya.
Mengulas khabar angin ketua pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi atau Piya akan berhijrah ke Felda United, beliau berkata memang ramai pemain yang dirisik termasuk yang masih dalam kontrak dan Kafa sedia berunding berhubung perkara itu.
Kafa turut menyambut baik permohonan daripada bekas pemain yang ingin kembali beraksi dalam pasukan Kelantan, katanya. - Bernama

0 Response to "Kafa perketat pemilihan pemain import musim 2015 "
Catat Ulasan