Gambar petugas penerbangan dunia beri penghormatan terakhir MH17


Petugas syarikat penerbangan dari seluruh dunia membanjiri satu laman Facebook dengan curahan hati masing-masing untuk merakam penghormatan dan penghargaan mereka kepada anak kapal Penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

Akaun Facebook bernama A Fly Guy's Cabin Crew Lounge itu, yang memberi ruang kepada petugas penerbangan dari serata dunia untuk membina rangkaian serta berkongsi kisah dan foto, kini menjadi saluran untuk menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada anak kapal MH17 yang terkorban dalam nahas itu.

MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis. Pesawat Boeing 777 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pihak berkuasa Ukraine mendakwa pesawat itu ditembak jatuh.
Antara Gambar di Fb " A Fly Guy's Cabin Crew Louge 
Satu catatan bertajuk "Letters of Love to Malaysia Airlines" memuat naik 151 foto sebagai "sebuah album yang mengandungi warkah cinta dan sokongan daripada warga syarikat penerbangan dari seluruh dunia".

"Sejak beberapa hari lepas, pesawat penumpang dari seluruh dunia berlepas ke udara dengan hati yang amat berat. Sesuatu bencana udara tidak hanya menejejaskan syarikat penerbangan terbabit, tetapi juga menjejaskan semangat kami semua. Kami disatukan oleh penerbangan dan petugas syarikat penerbangan dari seluruh dunia berharap saudara kami di Malaysia Airlines tahu bahawa kami berdiri teguh di belakang mereka," kata penulis catatan itu. Credit Awani 


0 Response to "Gambar petugas penerbangan dunia beri penghormatan terakhir MH17"

Catat Ulasan