Porsche di pandu laju rempuh Viva, wanita parah

Seorang wanita mengalamai kecederaan parah selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki dirempuh dari belakang oleh kereta sukan, Porsche di Kilometer 12.8 Lebuhraya Elite di sini pagi Khamis.
Akibat kemalangan pada pukul 12.30 tengah malam itu, kereta yang dinaiki mangsa bersama suami dan anaknya terbalik ke tepi jalan.
Bagaimanapun, suami dan anak mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, ketika kemalangan, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Batu Gajah, Perak selepas menyambut Hari Raya Aidilfitiri di Semenyih.

Semasa melalui tempat kejadian, sebuah kereta sukan yang dipandu laju telah merempuh kenderaan mereka dari belakang di lorong kanan jalan.
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya dekat sini.
Jurucakap polis memberitahu, Porsche itu dipandu oleh pelajar warga negara British dan siasatan terperinci akan dilakukan. Mstar 

0 Response to "Porsche di pandu laju rempuh Viva, wanita parah "

Catat Ulasan