3 Awek pentingkan diri sendiri buat-buat main phone ?

Nampaknya amalan bertolak ansur dalam tren di negara ini masih jauh panggang dari api meski pun gambar pada notis keutamaan tempat duduk boleh difahami oleh semua orang.
Dek kerana perbuatan mementingkan diri ini, seorang ibu terpaksa berdiri sambil mendukung bayinya di depan tiga gadis dalam gambar di atas.
Akibatnya dia terjatuh bersama bayi lalu berkongsi pengalaman pahit tersebut di Facebook agar dapat dijadikan pengajaran.
Bayangkan betapa keringnya hati tiga gadis ini apabila masih selamba menggodek telefon bimbit dan buat-buat tak tahu sahaja selepas seorang ibu dan bayi terjatuh depan mereka ?
Diharapkan spesis mementingkan diri seperti mereka tidak lagi membiak kerana ini adalah sikap manusia primitif yang sepatutnya tidak ada dalam masyarakat moden hari ini. Credit MNH (Mynewshub)

0 Response to "3 Awek pentingkan diri sendiri buat-buat main phone ?"

Catat Ulasan