Awal dan Scha Al-Yahya beri nama ‘Lara’ untuk anak nya ?

Nampak nya pelakon Scha Al-Yahya sudah memberikan bayangan nama bayi perempuannya menerusi akaun Instagramnya, semalam.
Memanggilnya sebagai ‘Lara’, ramai peminat yang mula tertanya-tanya nama penuh bayi tersebut.
Pastinya nama dan wajah bayi itu akan didedahkan selepas Scha habis berpantang nanti.
Lara dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court pada 22 Julai yang lalu, lebih awal dari tarikh yang dijangkakan iaitu pada 1 Syawal atau 28 Julai.
Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan pemilihan nama Lara yang dianggap ‘kurang sesuai’ dan tidak membawa maksud yang baik kepada bayi.
Hai, tahu-tahu saja maksudnya tak baik kan? Walhal Scha dan Awal pun belum mengumumkan nama tersebut secara rasmi.
Kalau nama baik pun, tapi dah besar perangai ‘ke laut’, tak guna juga kan ? MNH 

0 Response to "Awal dan Scha Al-Yahya beri nama ‘Lara’ untuk anak nya ?"

Catat Ulasan