Kerajaan negeri Terengganu menghadiahkan satu lot tanah serta wang tunai berjumlah RM10,000 kepada atlet angkat berat negara Mohd Hafifi Mansor yang menyumbang emas pertama negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya sudah mengenal pasti tanah lot banglo di kawasan Tok Jembal untuk diserahkan kepada anak Terengganu kelahiran Seberang Takir yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Wira negara berusia 24 tahun itu juga diarak menggunakan kenderaan pacuan empat roda mengelilingi Bandar Kuala Terengganu dari LTSM.
Bagi merealisasikan impian Mohd Hafifi, Ahmad Razif berkata kerajaan akan membantu pemenang pingat emas bagi kategori 69 kilogram itu menjadi jurulatih dengan membuka pusat latihan angkat berat melatih anak tempatan menceburi sukan itu.
Katanya, kejayaan yang dikecapi Mohd Hafifi juga membuktikan Terengganu mampu melahirkan atlet sukan angkat berat di negeri itu pada masa hadapan dan sehubungan kejayaan atlet itu, sukan angkat berat akan diberi penekanan dalam melahirkan lebih banyak atlet dalam acara berkenaan.

Katanya, kejayaan yang membanggakan itu juga sekali gus menjadikan anak muda ini sebagai ikon kepada belia. Bharian
0 Response to "Badang negara terima lot tanah dan wang tunai RM10,000"
Catat Ulasan