Wanita di larikan sebelum di perkosa bergilir-gilir oleh 3 suspek


Seorang wanita warga negara China berusia 22 tahun menempuh detik cemas apabila dilarikan sekumpulan empat lelaki ketika berhenti di Kawasan Rehat Jambatan Pulau Pinang, hari ini sebelum dirogol bergilir-gilir oleh tiga daripada suspek di sebuah kawasan gelap di Butterworth.
Sebelum kejadian 3.30 pagi itu, mangsa menaiki kereta dipandu rakan lelakinya berusia 46 tahun dalam perjalanan menghala ke arah Butterworth selepas mereka pulang daripada berhibur di sebuah pusat hiburan di Georgetown.
Rakan lelaki mangsa bagaimanapun berhenti di kawasan rehat berkenaan berikutan mahu membuang air dan mangsa menunggu dalam kereta.

Namun ketika itu empat suspek terbabit menghapiri mereka dan berpura-pura untuk bertanya arah jalan sebelum menumbuk lelaki berkenaan.

Suspek kemudian melarikan kereta terbabit bersama wanita berkenaan sebelum dibawa ke sebuah kawasan gelap dipercayai di sekitar Butterworth dan tiga daripada mereka kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Wanita berkenaan dibawa menggunakan motosikal milik suspek sebelum ditinggalkan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua.

Mangsa kemudian mendapatkan bantuan orang ramai untuk dihantar ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kejadian.

Kedua-dua mangsa turut mengalami kerugian sebanyak RM1,000 dalam bentuk wang tunai selain telefon bimbit dirampas suspek.HM

0 Response to "Wanita di larikan sebelum di perkosa bergilir-gilir oleh 3 suspek "

Catat Ulasan